Wednesday, October 6, 2010

Solid Food : Resepi 1,2,3 & 4

Makanan pertama bayi mengikut kaedah 4 hari berturut² (4 days rules)...ini adalah untuk mengesan keserasian bayi terhadap makanan...dan yang penting adalah mengetahui samada bayi ALAHAN/ELEGIK kepada sesuatu makanan. Setiap bayi tidak sama, ada yang alahan kepada ikan, buah dan sayur...
Saya guna kaedah 4 hari kepada seminggu...saya perkenalkan sesuatu makanan baru setiap hujung minggu...sebab ingin mengetahui sendiri sekiranya bayi ada alahan....jadi bila saya hantar ke babysitter bayi akan tenang meneruskan makanannya dan hati kita pun takdelah risau asyik teringat "elegik ke tak anak aku makan ikan tu"..

Resepi MINGGU PERTAMA
Bahan²:
1 sudu Beras
Susu EBM/FM
Cara:
- Masak bubur beras sehingga kembang, campurkan susu EBM/FM (agak²).
- Kisar halus.
- Tapiskan.

Resepi MINGGU KEDUA
Bahan²:
1- 2 sudu Beras (ikut keperluan sekiranya bayi sudah dapat menerima makanan)
Ikan Bilis (buang tahi dan tulang, direndam + dibasuh untuk menghilangkan garam) [saya rendam semalaman untuk hilangkan garam+melembutkan ikan bilis]
Cara:
- Masak bubur beras sehingga kembang.
- Campurkan ikan bilis.
- Kisar halus.
- Tapiskan.
Resepi MINGGU KETIGA
Bahan²:
1- 2 sudu Beras (ikut keperluan sekiranya bayi sudah dapat menerima makanan)
Pelbagai jenis sayur, setiap hari 1 sayur (stimkan/celur sayur, potong² jika sayur lebar/panjang, jika seperti lobak/kentang, potong dan masukkan awal bersama beras)
*Jenis sayur seperti Bayam, Brokoli, Lobak, Kobis bunga, Kentang, Sawi Pak Choy, Kangkung, Daun Saderi/Sup dll.
Cara:
- Masak bubur beras sehingga kembang.
- Campurkan sayur.
- Kisar halus.
- Tapiskan.
Resepi MINGGU KEEMPAT
Bahan²:
Buah²an seperti Pisang, Epal, Lai, Lobak, Kentang.
Sedikit susu EBM/FM
Cara:
- Potong + rebus dahulu.
- Kisar halus.
- Tapiskan.
Selepas ini bolehlah kita mix and match menu :)

Nota Kaki :
* Beras direndam dahulu semalaman (sebelum kita tidur) untuk memudahkan beras lembut+cepat masak...
* Maaf, saya tak setuju kalau bubur nasi pun nak di frozen....

5 comments:

  1. ahkak.. heheh mia kan belum ader gigi tapi dia dah makan nasi.. huhuhu
    nasi tu sekali suam 3-4 ulas lenyek ngan lauk ikan sekali.. heheh pastu dia akan bunyik..
    nyammmm nyamm nyamm..
    tapi lately ni nampak dia obses kak kentang rebush.. huhuhu

    ReplyDelete
  2. diera:
    dahsyat ank ko ye...haha...
    ade yg melayan...
    xpe mya ramping...obses kentang pn..
    wat mashed potato..nyum2...

    ReplyDelete
  3. cikgu zai
    anak sy dah nak masuk 6 bulan.. boleh sy copy menu ni.

    ReplyDelete
  4. nice..ank sy 3hr lg mau mamam solid food. boleh cuba kaedah ini.tq

    ReplyDelete