Friday, November 26, 2010

Nama Anak untuk dipanggil...

Ada sesuatu untuk dikongsi berkaitan NAMA ANAK....blogwalking dapat dari sini....asal daripada Metro ruangan soal jawab agama...

SAYA bakal melahirkan anak sulung. Saya pernah terbaca larangan memberikan nama berunsur kemewahan dan menunjukkan nasib yang baik seperti Rabah (sangat beruntung) dan Yasar (sangat mewah).

Bagaimana pula dengan nama menunjukkan sifat seperti cantik, cerdik dan seumpamanya? Apakah bentuk nama yang dituntut dalam Islam sebenarnya?


MUSYKIL
Kuala Lumpur

IBU bapa hendaklah menamakan anaknya dengan nama yang baik atau membawa erti baik. Antara nama yang dianjurkan ialah nama nabi, nama Allah dengan didahului penambahan Abdul (bermaksud hamba) terutama Abdullah (maksudnya hamba Allah) dan Abdul Rahman (hamba kepada Yang Maha Pemurah).


Islam tidak menggalakkan pemberian nama yang buruk seperti 'Harb' (bermaksud perang) dan 'Murrah' (pahit).

Pada asasnya, nama seperti Rabah dan Yassar dibolehkan.

Kebiasaannya, ibu bapa merujuk kepada alim ulama (orang berpengetahuan) untuk menamakan anak mereka.

Di samping itu, mereka juga boleh membaca buku panduan memberi nama Muslim.
Contohnya, buku Abu Afiqah, Amalan Ketika Mengandung & Setelah Bersalin serta Panduan Menamakan Bayi boleh dijadikan panduan.

Anda juga boleh merujuk kepada Internet seperti Himpunan Nama-Nama Pilihan di laman http://www.darulnuman.com/mhikmah/nama/index.html


Emmm kan....budak sekarang nama berjela kan...ada tu sampai 3 perkataan yang penuh...pastu nama bapaknya 1 je cetoet...tu belum lagi nak sebut...he he he....

Apapun pilih lah nama yang BAIK dan BERMAKSUD...dan PANGGILLAH dengan NAMA ITU..kerana nama itu adalah DOA untuk mereka...

Saturday, November 13, 2010

Selamat Hari Lahir 2

Lupa nak tepek sebahagian gambar besday tuhari...





Perkembangan TERKINI :


  • Sebelum cecah setahun dia dah pandai jalan...jalan jatuh camtu...bijak...genap setahun terus boleh jalan...laju...'dapat kaki' orang tua kata....semua pelusuk rumah dia kawad...tangan mencapai tempat tinggi jangan cakap lah....memang tak boleh ada benda tepi meja...meja alat solek...wayar lekat kat dinding..siaplah!
  • Pandai merajuk dah....huahuahua...hari tu merajuk sungguh dengan abah dia sebab abah dia tutup pintu bilik lepas mandi nak solat...dia nangis...pastu abah dia dah sudah semua nak dukung dia...dia tak mau...dia wat tak tau...dia alihkan badan...muka masam!!...haha anak lahai anak...
  • Pandai pegang bola..pumping....campak...kejar...pegang..campak...pumping...hari tu nampak dengan kawan² dia kat rumah BS main kejar bola..waahhhh so sweeeeet......pandai main bola anak ummi ni ye...
  • Bila lambai² pandai dah sebut TATA sekali...also so sweeetttttt!...
SYUKUR ALHAMDULILLAH...

TAPI dalam pada laju berjalan (dalam rumah) tuh...bila pakaikan kasut...terus jadi patung...hahaha..lebih lagi disarungkan kasut yang bunyi bedecit tuh...adehhh....sekarang kena training keluar pakai kasut dan ajak dia berjalan pakai kasut...

Friday, November 12, 2010

Carta Perkembangan Bayi & Kanak²

Nak kongsi info :)


Carta peringkat perkembangan bayi (sumber)

Peringkat perkembangan

1 bulan

* Mengangkat kepala sambil perut menyentuh lantai
* Menggerakkan kepala ke kiri dan kanan
* Bertindakbalas terhadap bunyi yang kuat

2 bulan

* Menggerakkan mata mengikut pergerakan objek
* Mengulangi bunyi vokal seperti "oh" dan "ah"

3 bulan

* Mengangkat kepala sehingga 45°
* Mengangkat kepala sambil perut dan dada menyentuh lantai
* Mengukir senyuman sosial

4 bulan

* Mengangkat kepala sehingga 90°
* Duduk dengan sokongan
* Berguling (dari kedudukan meniarap ke kedudukan menelentang)
* Mengimbang badan menggunakan kedua-dua kaki

5 bulan

Mula tumbuh gigi

6 bulan

* Menghasilkan bunyi dengan 2 suku kata
* Menggapai dan menggenggem objek
* Duduk sendiri dengan sokongan yang minima
* Berguling (dari kedudukan menelentang ke meniarap ke kedudukan menelentang semula)

7 bulan

* Mengajuk bunyi-bunyian
* Menyuap sendiri makanan
* Duduk tanpa sokongan

8 bulan

* Menghisap objek
* Memanggil 'ibu" atau "ayah"
* Mula merangkak
* Bertindakbalas terhadap nama sendiri

9 bulan

* Mengangkat perut untuk duduk
* Berdiri sambil berpegang kepada sesuatu
* Memahami keadaan kekal objek

10 bulan

* Mengambil objek menggunakan 2 jari
* Merangkak dengan sempurna (perut tidak menyentuh lantai
* Menolak badan untuk berdiri dari kedudukan duduk

11 bulan

* Menepuk tangan
* Melambai
* Berdiri dengan sendiri selama beberapa saat
* Memanggil dan mengenali ibu bapa sendiri
* Memahami maksud "tidak"

12 bulan

* Menggeleng
* Memahami arahan mudah
* Berjalan dengan bantuan

13 bulan

* Mengucapkan 2 perkataan (conton: hai dan bye)
* Berdiri dengan sempurna

14 bulan

* Makan menggunakan jari
* Melangkah beberapa langkah tanpa bantuan luar

15 bulan

* Gemar melihat dan menyelak buku
* Berjalan dengan sempurna
* Memanjat tangga

16 bulan

* Bersedih apabila tidak mendapat sesuatu yang diingini

17 bulan

* Bertindakbalas terhadap arahan mudah

18 bulan

* Mengucapkan sehingga 15-20 perkataan
* Minum menggunakan cawan
* Makan menggunakan sudu

19 bulan

* Boleh menggunakan sudu dan garfu
* Berlari dengan sempurna

20 bulan

* Membuka pakaian sendiri tanpa bantuan sesiapa

21 bulan

* Berjalan menaiki tangga dengan bantuan
* Mula mempelajari sehingga 5 perkataan sehari

22 bulan

* Mula mempelajari sehingga 10 perkataan sehari
* Memahami 2 arahan yang berturut (contoh: Ambil anak patung kamu dan bawa ke sini)
* Boleh mengawal pundi kencing

23 bulan

* Menggunakan 50-70 patah perkataan
* Menamakan gambar-gambar mudah di dalam buku
* Menuruni tangga dengan bantuan

24 bulan

* Memakai dan menanggalkan pakaian dengan sendiri
* Sesetengah ucapannya boleh difahami
* Membuat ayat menggunakan 3-4 patah perkataan