Assalamualaikum/Hi...
Sumber : Ibubapacemerlang
Showing posts with label Didik Anak. Show all posts
Showing posts with label Didik Anak. Show all posts
Wednesday, January 22, 2014
Peluklah Anak-anak Kita....
Thursday, October 3, 2013
4 Tips Didik Anak ikut Sunnah Rasulullah
Wednesday, August 28, 2013
Menangani Anak Tidak Mahu Pergi Sekolah....
Assalamualaikum/Hi...
Ada masalah anak tak mahu pergi sekolah?
saya sedang mengalaminya...
tak tahu punca...
sekarang tengah siasat...
tapi itulah masalah anak ni disebelah pagi je...
petang bila tengok riang ria pulak dia balik...
kita kongsi bersama Tips ini ya....
Ada masalah anak tak mahu pergi sekolah?
saya sedang mengalaminya...
tak tahu punca...
sekarang tengah siasat...
tapi itulah masalah anak ni disebelah pagi je...
petang bila tengok riang ria pulak dia balik...
kita kongsi bersama Tips ini ya....
Petua Menangani Anak Tidak Mahu Pergi Sekolah
Ada kanak-kanak yang memang suka pergi sekolah tapi ada juga segelintir yang tak suka pergi sekolah. Yang pasti, mesti ada sesuatu sebab kenapa mereka tidak mahu pergi sekolah. Masalah ini biasanya berlaku bagi anak berumur 4 -7 tahun yang baru hendak mula bersekolah. Walaupun demikian ada juga kes anak yang tidak suka ke sekolah yang berlarutan sehingga sekolah rendah.
Antara Penyebabnya
1. Tidak mahu berpisah dengan ibu dan adik-adik di rumah2. Dibuli oleh kawan-kawan di sekolah3. Guru yang tidak disukainya; mungkin gurunya selalu menegur dan marah secara yang tidak disukainya.4. Tidak suka berkawan, suka tinggal berseorangan disebabkan tidak dibiasakan sebelumnya5. Tidak selesa, takut, tidak pernah berenggang dengan ibu bapa dan tidak rasa selamat6. Perasaan takut dan tidak selesa berdepan dengan guru dan kawan-kawan7. Tidak suka bangun awal pagi8. Tidak suka dengan persekitaran sekolah
Cadangan Penyelesaian
Selidiki punca masalah; apakah sebab anak tidak mahu pergi sekolah. Pujuk dan tanya kenapa dia tidak mahu pergi sekolah; adakah sebab kena buli, takut kawan atau guru atau sebagainya. Berdasarkan punca masalah tersebut, cuba cari jalan penyelesaian yang sesuai seperti berikut:1. Ceritakan suasana positif dan keseronokan di sekolah, seperti “ada ramai kawan”, “guru yang baik”, “boleh main dengan kawan” dan sebagainya..2. Beri ganjaran (umpan) kepada anak yang tidak mahu ke sekolah dengan sesuatu yang disukai sekiranyanya dia rajin ke sekolah tetapi janji tersebut mestilah jangan keterlaluan dan di dalam kemampuan ibu bapa.3. Latih anak bangun awal, sebaik-baiknya dapat solat subuh bersama-sama. Sediakan mereka dengan pakaian yang kemas.4. Mungkin juga ibu atau bapa perlu temankan dia di sekolah untuk berapa ketika sehingga dia rasa selamat dan yakin5. Buat kerja rumah dan ulangkaji bersama-sama. Tanya hal-hal aktiviti, siapa kawan dia di sekolah dan sebagainya. Tunjukkan minat dan sokongan anda terhadap persekolahannya.6. Berbincang dengan guru sekiranya anak anda dibuli atau takut kepada kawan. Biasanya guru juga dapat mengesan dan mengambil tindakan yang sewajarnya.7. Bantu anak dapatkan kawan seramai yang mungkin dan secepat mungkin. Ada juga kanak-kanak yang lambat mendapat kawan, dan ada yang cepat (bergantung kepada sifat genetik, persekitaran dan asuhan).8. Tukar sekolah. Ini adalah pilihan terakhir sekiranya masalah persekitaran, guru dan rakan sukar diatasi. Kemungkinan juga anak tidak minat dengan silibus di sekolah berkenaan.9. Berdoa semoga diberikan minat dan keinginan yang tinggi bagi anak-anak menuntut ilmu yang bermanfaat.
Saturday, April 6, 2013
Adab Kejutkan Anak dari Tidur
Labels:
Didik Anak,
Info Perkembangan Bayi,
Kanak-kanak
Friday, April 5, 2013
Kenali Tingkahlaku Anak 2 hingga 4 tahun
Wednesday, June 22, 2011
Hati-hati berkata ‘jangan’ kepada anak
Assalamualaikum/Hi...
Sumber : Nurul Asiah Fasehah Muhammad, Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia di MW#1423 & Emel SIM
“Ana, jangan panjat tangga, nanti jatuh!”
Pekikan sebegini selalu kedengaran di rumah atau di mana saja. Asal sahaja ada perkara baru yang hendak dilakukan oleh anak, kita cepat menggunakan perkataan keramat ‘jangan’, ‘sibuk je’, ‘jangan banyak tanya’ ataupun yang seangkatan dengannya.
Itulah ibu bapa prihatin namanya, ingin menjaga anak supaya tidak sakit, atau terjadi apa-apa perkara yang tidak diingini kepadanya. Tetapi dalam tidak sedar, sikap kita yang teralu proaktif boleh mengganggu perkembangan sosial seseorang anak dan membuatkannya hilang kepercayaan kepada diri sendiri. Bagaimana ia berlaku?
Anak kecil yang baru menjengah dunia, tidak tahu apa-apa dan mula belajar daripada model pertama yang dilihatnya di rumah, iaitu kita, ibu dan bapanya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Setiap bayi yang dilahirkan berada di dalam keadaan fitrah, ibu bapalah yang mencorakkannya untuk menjadi Majusi, Nasrani ataupun Yahudi.”
Fitrah yang dimaksudkan oleh baginda Rasulullah ialah agama Islam yang berkeadaan firtah. Firtah bermaksud suci bersih iaitu positif dan berada pada tahap kuasa yang maksimum, buktinya firman Allah SWT yang bermaksud,“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baik kejadian.” (QS at-Tiin 95:4)
Jadi sebagai hamba Allah yang suci, bersih dan berada pada kuasa yang paling maksimum, tidak ada keraguan dalam kamus hidupnya dan keyakinan seratus peratus hanya pada Allah SWT.
Itulah asalnya diri manusia. Inilah anak kita yang masih sangat dekat dengan fitrah manusia. Ðia berani dan tiada keraguan serta sentiasa positif. Sifat-sifat ini jika dipandu dengan baik oleh ibu bapa, sangat membantu untuk tumbesarannya. Apabila usia anak tiga hingga enam tahun, anak kita sedang mula belajar melakukan semuanya sendiri, daripada mengayuh basikal, melukis, mewarna, menulis, makan dan sebagainya, semuanya hendak dibuat sendiri. Pada ketika itu, sokongan daripada ibu bapa akan menerbitkan rasa seronok dalam diri anak dan memberi keyakinan kepadanya untuk terus mencuba perkara baru.
Rasa tidak dihargai
Sebaliknya, jika anak sentiasa menerima kritikan dan dimarahi setiap kali dia melakukan kesalahan, dia akan merasa tidak dihargai, rasa bersalah dan kurang keyakinan diri. Keadaan ini akan mengganggu kehidupan sosialnya. Ibu bapa yang terlampau mengawal pergerakan anak-anak mereka dan banyak melarang daripada memberi galakan serta menagih sepenuh ketaatan daripada anak, tanpa sebarang persoalan (autohitarian parents) akan membentuk peribadi anak yang selalu moody, pendiam, menghadapi masalah untuk berkomunikasi, pemalu, introvert dan sukar mempercayai. Keadaan ini menyukarkannya untuk berinteraksi dengan orang lain.
Ibu bapa yang baik akan sentiasa memberi galakan kepada anaknya untuk melakukan perkara baru. Ðalam masa yang sama, masih meletakkan garis panduan dan tidak terlalu mengawal tindakan anaknya. Mereka mendengar pendapat anak dan menerangkan pendapat tersebut baik atau tidak untuk diri anak. Ðan yang paling penting, mereka berjaya memperlihatkan dengan jelas bahawa akhirnya keputusan akan dibuat oleh mereka selepas mengambil kira pendapat anak (authoritative parents).
Akhirnya, perkataan yang digunakan akan menggambarkan perasaan yang diluahkan. Jadi, walaupun masih kecil, anak-anak kita sangat faham dengan bahasa dan perkataan yang digunakan oleh ibu bapa mereka. Anak yang sentiasa diberi sokongan dan kasih sayang, di samping diberi teguran yang membina akan tumbuh sebagai individu yang baik. Cara menegur anak yang efektif ialah dengan mengambil kira karakter anak tersebut.
Jika dia merupakan seorang yang periang dan sentiasa ceria, teguran yang perlu diberikan ialah dengan cara pujukan, kerana anak-anak ini sangat memahami dan gemar dipujuk dan dibelai.
Manakala jika anak yang agresif dan sangat aktif, teguran yang boleh dilakukan ialah dengan sentuhan. Sentuh dan belai anak ini dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah kata-kata yang tepat dan jelas supaya mereka faham teguran yang hendak dilakukan.
Anak yang pemalu perlukan cabaran dan untuk anak yang pasif, teguran yang mujarab ialah dengan mengajak mereka berbincang dan rasionalkan meraka dengan fakta.
Insya Allah, semoga sedikit tips ini membantu kita untuk sama-sama membesarkan anak dengan berjaya dan menjadi ibu bapa yang cemerlang di dunia dan di akhirat.
Sumber : Nurul Asiah Fasehah Muhammad, Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia di MW#1423 & Emel SIM
Kan....kita sebagai mak bapak selalu kan sebut JANGAN...tah berapa kali tah...sebab takmo memudaratkan anak...tp mentaliti anak dah terima lain...so bagaimana ye?
Macam ahkak marah kat diri sendri gak asyik sebut JANGAN je..sedangkan dah tahu kesan JANGAN tu camana.....kadang² biarkan je..paling tidak pun kalau dah nakal sangat dan memang perbuatan tu tak boleh dibuat...ahkak akan kuar jari telunjuk...goyang-goyang dan said NO NO NO...hahahaha
Tetiba je terus speking....kalau macam tu ikut plak dia...kadang-kadang dia macam tahu tak boleh buat...terus dia secara automatik sebut NO NO NO sambil goyang jari telunjuk dia....
Subscribe to:
Comments (Atom)



