Thursday, October 3, 2013

4 Tips Didik Anak ikut Sunnah Rasulullah

Assalamualaikum/Hi...


Wednesday, August 28, 2013

Menangani Anak Tidak Mahu Pergi Sekolah....

Assalamualaikum/Hi...

Ada masalah anak tak mahu pergi sekolah?
saya sedang mengalaminya...
tak tahu punca...
sekarang tengah siasat...
tapi itulah masalah anak ni disebelah pagi je...
petang bila tengok riang ria pulak dia balik...
kita kongsi bersama Tips ini ya....

Petua Menangani Anak Tidak Mahu Pergi Sekolah 
Ada kanak-kanak yang memang suka pergi sekolah tapi ada juga segelintir yang tak suka pergi sekolah. Yang pasti, mesti ada sesuatu sebab kenapa mereka tidak mahu pergi sekolah.  Masalah ini biasanya berlaku bagi anak berumur 4 -7 tahun yang baru hendak mula bersekolah. Walaupun demikian ada juga kes anak yang tidak suka ke sekolah yang berlarutan sehingga sekolah rendah. 

Antara Penyebabnya 
1. Tidak mahu berpisah dengan ibu dan adik-adik di rumah
2. Dibuli oleh kawan-kawan di sekolah
3. Guru yang tidak disukainya; mungkin gurunya selalu menegur dan marah secara      yang tidak disukainya.
4. Tidak suka berkawan, suka tinggal berseorangan disebabkan tidak dibiasakan       sebelumnya
5. Tidak selesa, takut, tidak pernah berenggang dengan ibu bapa dan tidak rasa         selamat
6. Perasaan takut dan tidak selesa berdepan dengan guru dan kawan-kawan
7. Tidak suka bangun awal pagi
8. Tidak suka dengan persekitaran sekolah 

Cadangan Penyelesaian 
Selidiki punca masalah; apakah sebab anak tidak mahu pergi sekolah. Pujuk dan tanya kenapa dia tidak mahu pergi sekolah; adakah sebab kena buli, takut kawan atau guru atau sebagainya. Berdasarkan punca masalah tersebut, cuba cari jalan penyelesaian yang sesuai seperti berikut:
1. Ceritakan suasana positif dan keseronokan di sekolah, seperti “ada ramai               kawan”, “guru yang baik”, “boleh main dengan kawan” dan sebagainya..
2. Beri ganjaran (umpan) kepada anak yang tidak mahu ke sekolah dengan                 sesuatu yang disukai sekiranyanya dia rajin ke sekolah tetapi janji tersebut               mestilah jangan keterlaluan dan di dalam kemampuan ibu bapa.
3. Latih anak bangun awal, sebaik-baiknya dapat solat subuh bersama-sama.             Sediakan mereka dengan pakaian yang kemas.
4. Mungkin juga ibu atau bapa perlu temankan dia di sekolah untuk berapa ketika       sehingga dia rasa selamat dan yakin
5. Buat kerja rumah dan ulangkaji bersama-sama. Tanya hal-hal aktiviti, siapa               kawan dia di sekolah dan sebagainya. Tunjukkan minat dan sokongan anda              terhadap persekolahannya.
6. Berbincang dengan guru sekiranya anak anda dibuli atau takut kepada kawan.          Biasanya guru juga dapat mengesan dan mengambil tindakan yang sewajarnya.
7. Bantu anak dapatkan kawan seramai yang mungkin dan secepat mungkin. Ada     juga kanak-kanak yang lambat mendapat kawan, dan ada yang cepat (bergantung      kepada sifat genetik, persekitaran dan asuhan).
8. Tukar sekolah. Ini adalah pilihan terakhir sekiranya masalah persekitaran, guru         dan rakan sukar diatasi. Kemungkinan juga anak tidak minat dengan silibus di          sekolah berkenaan.
9. Berdoa semoga diberikan minat dan keinginan yang tinggi bagi anak-anak                menuntut ilmu yang bermanfaat.


Saturday, August 17, 2013

Salam Aidilfitri 2013...

Assalamualaikum/Hi...

Rasanya belum terlambat...
untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya...
kepada pembaca blog...
yang singgah secara tidak sengaja...
bila google info dan ada link, klik dan terus disini...
Terima Kasih sudi singgah...
semoga info disini dapat dimanfaatkan bersama...

Jumpa lagi yer....


Thursday, April 25, 2013

Harga Pre-Order Click² My Shop


Assalamualaikum/Hi....

Order dibuka untuk beberapa hari ini sahaja...
harap maklum ye...
ini Pre-Order...
mesti memiliki sifat sabar menunggu taw...

Kali ni berbeza konsep...
harga Pre-Order lebih murah berbanding harga Retail...
sesuai dengan 'harga' kesabaran anda menunggu...

Pre-Order untill 28 April 2013
ETA early June 2013

More details at :

Saturday, April 6, 2013

Adab Kejutkan Anak dari Tidur

Assalamualaikum/Hi...

Friday, April 5, 2013

Kenali Tingkahlaku Anak 2 hingga 4 tahun

Assalamualaikum/Hi...

Sumber : Excel Qhalif