Kawan² pernah dengar pasal Vaksin Pneumococcal? Kalau belum memahaminya...boleh klik link kat bawah ni...penuh dengan info dan cerita ye...
SELAMAT BERILMU!
Showing posts with label Info Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Info Kesihatan. Show all posts
Friday, October 15, 2010
Caye sudah..kwn² bila lagi?
Thursday, May 21, 2009
Creams causing CANCER..
Sumber : Email
----- Forwarded Message ----
From: Flora Girl ( floragirl59@yahoo.com)
Subject: Fw: Facial Creams causing cancer- pass on to your friends! serious?real?
============================================================================
NOTA KAKI :
* BETULKAH?
----- Forwarded Message ----
From: Flora Girl (
Subject: Fw: Facial Creams causing cancer- pass on to your friends! serious?real?
============================================================================
Dear Ladies and friends,
Please circulate this to all your lady friends and colleagues.
For those who are mothers, please do not use to following products on your daughters and sons.
One of the more famous brand... J&J (commonly used on babies..)
Aside to all the guys,
Please send to your beloved girlfriend, your female friends and colleagues.
Those who upgraded to being daddy (you know who you are), do not purchase the following products for your baby...
Please circulate this to all your lady friends and colleagues.
For those who are mothers, please do not use to following products on your daughters and sons.
One of the more famous brand... J&J (commonly used on babies..)
Aside to all the guys,
Please send to your beloved girlfriend, your female friends and colleagues.
Those who upgraded to being daddy (you know who you are), do not purchase the following products for your baby...
NOTA KAKI :
* BETULKAH?
Thursday, May 14, 2009
Apakah MENINGITIS...
Sumber : Email (telah disunting)
-----Forwarded by Lindamarni Bt Masrul/AccSTA/Maybank on 05/14/2009 11:39AM -----
To:
From: Norhasliza Bt Alias/FNTD/Maybank
Date: 05/14/2009 10:27AM
Subject: Fw: INFO : Apakah Meningitis
From: Norhasliza Bt Alias/FNTD/Maybank
Date: 05/14/2009 10:27AM
Subject: Fw: INFO : Apakah Meningitis
==================================================
Meningitis merupakan satu penyakit yang serius dan boleh menyebabkan kematian. Malangnya masih ramai ibu bapa di Malaysia mengabaikannya.
PADA Oktober tahun 2008, bapa muda yang hanya ingin dikenali Low melepaskan dengan gembira dua anak kesayangan Low Lui Lui, 2 dan Low Chai Chai, 18 bulan, terbang bersama isteri beliau untuk melawat keluarga mereka di England. Bapa berusia 30 tahun dari Kepong, Kuala Lumpur itu tidak menyangka itulah lambaian dan ciuman terakhir anak bongsunya dalam satu percutian yang sangat tragis dan memberi kesan mendalam dalam hidupnya. Bermula dengan batuk dan hidung berair, Chai Chai kembali sihat selepas diberikan ubat oleh doktor. Pada hari terakhir di England, Chai Chai masih cergas dan aktif. Bahkan, isterinya menidurkan Chai Chai tanpa sebarang tanda-tanda penyakit.
AWAS jika anak anda mengalami simptom seperti demam, enggan minum, mengalami sakit kepala, menangis berterusan dalam nada yang nyaring, muntah, ruam dan lebam-lebam.
AWAS jika anak anda mengalami simptom seperti demam, enggan minum, mengalami sakit kepala, menangis berterusan dalam nada yang nyaring, muntah, ruam dan lebam-lebam.
Namun, sekitar pukul 1 pagi pada 6 November tahun yang sama, tiba-tiba isteri beliau mendapati anak lelaki mereka berada dalam keadaan pucat dan sangat lemah. Chai Chai dikejarkan ke Hospital Bath di England, namun doktor tidak dapat menyelamatkannya. Chai Chai disahkan meninggal dunia pada pukul 2.19 pagi. "Menyambut isteri dan Lui Lui di lapangan terbang tanpa Chai Chai di sisi cukup menyedihkan. Namun, apa yang menyebabkan saya lebih sedih dan kesal ialah apabila Chai Chai meninggal dunia hanya kerana saya berkira sangat dengan wang RM300," luah Low ketika ditemui Kosmo!. Namun, penyesalan Low tidak berguna biarpun kali ini dia sanggup mengeluarkan belanja sehingga RM30,000. "Doktor pernah menyarankan supaya anak saya, Chai Chai mengambil suntikan vaksin pneumokokus yang berharga RM300. Tetapi, kerana ia agak mahal dan tidak wajib, saya tidak mengambil suntikan itu untuk Chai
Chai," cerita Low.
Hasil ujian darah dan cecair serebrospina (CSF) yang dilakukan, doktor mengesahkan bayi comel itu meninggal dunia disebabkan meningitis pneumokokus dan septisemia.
LUMBAR punktur merupakan salah satu cara untuk mendiagnosis cecair selaput otak.
Menurut Pakar Perunding Kardiologi dan Pediatrik, Pusat Perubatan KPJ Selangor, Datuk Dr. Zulkifli Ismail, jika kanak-kanak menghidap meningitis lambat menerima rawatan kebarangkalian untuk pulih sepenuhnya adalah tipis.
"Berkemungkinan besar ketika itu organ-organ mereka terutama otak telah pun mengalami kerosakan yang teruk. Meningitis lebih berbahaya sekiranya ia menyerang kanak-kanak atau bayi. Ini kerana, kanak-kanak atau bayi yang diserang meningitis tidak mempunyai antibodi yang tinggi untuk melawan penyakit tersebut.
Zulkifli berkata, jika ibu bapa dapat mengenal pasti simptom anak-anak mereka yang diserang meningitis dan segera mendapatkan rawatan di hospital kanak-kanak tersebut boleh pulih seperti sediakala. Namun dengan simptom seperti demam, enggan minum, mengalami sakit kepala, menangis berterusan dalam nada yang nyaring, muntah, ruam dan
lebam-lebam, biasanya bukan mudah untuk ibu bapa mengesan penyakit itu. Ujarnya, jika kanak-kanak berumur kurang dua tahun, agak sukar untuk menentukan sama ada mereka terkena meningitis atau penyakit lain.
Sebaliknya, bagi kanak-kanak berusia lebih dua tahun, penyakit itu boleh dikesan melalui tengkuknya yang tegang dan mereka mengadu kesakitan ketika tunduk.
Bagaimanapun, apa yang menyedihkan sehingga kini kesedaran di kalanganibu bapa tentang kepentingan vaksinasi masih rendah. Hasil penyelidikan Wyeth (Malaysia) Sdn. Bhd., sebuah syarikat farmaseutikal, pemakanan dan penjagaan kesihatan, mendapati, hanya sekitar enam peratus ibu bapa yang memberitahu anak-anak perlu menerima suntikan vaksin pneumokokus. Kebanyakannya hanya menyebut tentang polio, campak dan beguk.
"Apabila anak dibawa ke klinik atau hospital, doktor menyarankan agar anak tersebut diberikan suntikan vaksin pneumokokus. Kebanyakan ibu bapa akan melengahkan saranan doktor kerana berpendapat suntikan tersebut mahal dan tidak wajib. "Malangnya,apabila keadaan anak di peringkat yang teruk, baru mereka membawa anak ke hospital untuk rawatan. Namun, pada masa itu mungkin mereka boleh diselamatkan atau organ-organ dalaman tubuh mereka telah rosak," katanya mengenai bahaya penyakit itu.
Meningitis merupakan radang pada bahagian meninges iaitu selaput otak dan saraf tunjang. Penyakit boleh terjadi atas dua sebab iaitu jangkitan virus atau bakteria.
KANAK-KANAK menghidap meningitis yang lambat menerima rawatan berdepan
dengan risiko kematian.
Meningitis daripada virus lazimnya kurang teruk dan boleh pulih tanpa
rawatan spesifik. Namun, meningitis kerana serangan bakteria biasanya agak serius dan mungkin membawa kepada kerosakan otak, hilang pendengaran, kurang upaya dalam pembelajaran dan yang paling menakutkan membawa maut.
Tambah Zulkifli, kebiasaannya terdapat tiga jenis bakteria yang menyebabkan penyakit meningitis iaitu Streptokokus pneumonia, Hemophilus influenza dan Neiseria meningitis.
Penyebab lain penyakit meningitis ialah enterovirus, kumpulan coxsackie A dan B,virus polio,beguk,campak,herpes simplex,varisela,streptokokus pnemonia dan pneumokokus. Bakteria meningitis yang paling berbahaya adalah disebabkan oleh neiseria meningitis atau meningokokus. Kedua-dua bakteria itu tersebar melalui udara atau sentuhan langsung dengan pembawa atau penghidapnya. Dari saluran pernafasan ia memasuki saluran darah dan menyebabkan septisemia (keracunan darah) yang teruk dan terus ke otak lalu menyebabkan meningitis.
Zulkifli memberitahu, kebanyakan bayi yang menghidap meningitis dijangkiti daripada ibu bapa, adik-beradik atau saudara-mara semasa berada di rumah. Selain itu,jangkitan di luar contohnya sewaktu membeli-belah di pasar raya tetap boleh menjadi cara penyebaran. "Mereka juga mungkin hanya selesema atau batuk sedikit tetapi ia boleh menjangkiti kanak-kanak lain melalui kuman yang merebak dari saluran pernafasan ke selaput otak," katanya.
Wednesday, April 29, 2009
Mengandung & Kencing Manis [Bhg 1]

ARKIB : 09/11/2008
Sumber : Utusan Malaysia Online
KENCING manis atau diabetes merupakan satu keadaan di mana paras gula (glukosa) di dalam darah badan melebihi paras normal.
Walaupun glukosa merupakan satu punca tenaga tetapi seandainya berlebihan akan menyebabkan permasalahan kesihatan, terutamanya semasa mengandung. Kencing manis semasa mengandung dipanggil diabetes gestasi.
Punca
Kencing manis berlaku apabila pengendalian badan terhadap insulin tidak teratur, sama ada dari segi pembuatan maupun penggunaannya. Insulin merupakan hormon yang menukar glukosa di dalam badan ke bentuk tenaga. Apabila pembuatannya ataupun pengunaannya tidak betul, paras gula darah akan meningkat dan ini dipanggil hiperglisemia.
Semasa mengandung, hormon yang dikeluarkan oleh uri (plasenta) mengganggu keberkesanan insulin, hasilnya, hiperglisemia mungkin berlaku. Puan boleh mendapat diabetes gestasi walaupun tidak ada risiko yang dikenal pasti. Lazimnya kencing manis yang berlaku semasa mengandung hilang selepas kelahiran. Namun demikian, risiko untuk mendapat kencing manis pada masa hadapan adalah tinggi.
Sekiranya puan pernah mendapat rawatan kencing manis semasa mengandung, maklumkan kepada doktor atau jururawat yang ditemui. Harus diingat bahawa risiko kencing manis meningkat dengan peningkatan umur semasa mengandung
Masalah kencing manis semasa mengandung
Risiko kesihatan akan meningkat dengan peningkatan paras gula darah. Setengah daripada komplikasi ini meningkatkan risiko untuk kelahiran secara pembedahan. Inilah sebabnya mengapa paras gula darah perlu dikawal.
Permasalahan yang mungkin puan hadapi sekiranya puan berisiko untuk penyakit kencing manis semasa mengandung:
- Janin menjadi besar dikenali sebagai makrosomia. Ini disebabkan oleh gula berlebihan memasuki janin dan mengarahkan tumbesaran pesat, akibatnya janin menjadi besar dan mungkin sukar untuk dilahirkan secara normal, kejadian kelahiran tersekat terutamanya pada bahagian bahu meningkat.
- Kejadian darah tinggi dan kehadiran protein di dalam air kencing meningkat, ini dipanggil pre-eklampsia. Jika dibiarkan, boleh menyebabkan sawan, kegagalan hati dan juga buah pinggang. Puan mungkin terpaksa melahirkan anak sebelum masanya untuk mengelakkan komplikasi dan musibah yang melanda sistem dalaman organ. Kematian juga boleh berlaku pada janin.
- Meningkatnya cecair likuor di kantung di mana janin berada. Ini menyebabkan saiz kandungan melebihi saiz sebenar mengikut kiraan, menyebabkan ketidakselesaan seperti kesukaran bernafas. Kelahiran mungkin berlaku sebelum sampainya penggal kematangan iaitu sebelum 38 minggu.
- Jangkitan sistem pundi kencing. Sekiranya tidak dirawat, jangkitan di pundi kencing akan merebak ke buah pinggang.
- Sindrom kesukaran pernafasan mungkin berlaku pada bayi. Risiko ini meningkat untuk ibu-ibu yang mempunyai kencing manis semasa mengandung, lebih-lebih lagi apabila kelahiran awal sebelum tempoh terpaksa dilakukan.
- Kematian bayi di dalam kandungan, mungkin berlaku sekiranya kencing manis gagal dikawal. Ini termasuklah keguguran.
Pengawalan kencing manis
Apabila puan menghadirkan diri kali pertama ke klinik perbidanan untuk membuat kad lawatan antenatal, puan akan diselidiki akan faktor-faktor risiko, sejarah perubatan serta sejarah perbidanan lampau.
Sejarah kesihatan sekarang seperti berat badan yang melebihi nisbah berat-tinggi yang disyorkan, umur puan, kandungan yang disyaki secara relatifnya besar, berat janin, kehadiran lebih daripada satu janin serta kandungan air likuor yang terlampau (mengikut umur kandungan). Pemeriksaan air kencing yang menunjukkan kehadiran gula di dalamnya bukanlah kaedah pengawasan pengawalan yang diamalkan di hospital.
Puan akan diuji untuk paras glukosa darah, paling mudah diambil dari jari dan hanya memerlukan setitik darah.
Puan juga akan ditanya bila kali terakhir ujian glukosa darah diambil, di samping masa puan makan dan minum. Sekiranya terbukti paras gula darah kapilari puan melebihi normal, puan akan dinasihatkan supaya menjalani ujian selanjutnya.
Sekiranya puan sudah pun mengalami kencing manis sebelum mengandung, puan dinasihatkan supaya menghadiri klinik kencing manis supaya pengawalan paras gula darah yang ketat dapat dimanfaatkan. Ini kerana paras gula yang tidak teratur dan tinggi dapat mencacatkan pertumbuhan serta tumbesaran janin, terutamanya yang berumur kurang dari 12 minggu. Semasa mengandung, pengawalan paras gula darah dilakukan dengan penggunaan insulin. Pil-pil tidak digunakan.
Tips Selera Hamil....
Subscribe to:
Comments (Atom)

