Assalamualaikum & Hi...
Cara CEPAT Memasak Bubur Nasi
Cara CEPAT Memasak Bubur Nasi
Pertama :
Basuh & rendamkan beras semalaman (malam sebelum nak tidur) untuk membolehkan beras kembang dan esoknya lembut dan cepat masak. [saya menggunakan cara ini setiap pagi, disebabkan saya bangun awal sekitar 5 pagi...sambil memasak bubur sambil membuat kerja rumah he he he]
Kedua :
Pada hujung minggu, menyiapkan stok dengan membuat pes bubur iaitu basuh beras, sangan (goreng tanpa minyak) sehingga kering & blend beras sehingga halus. [bergantung kepada berapa banyak stok yang dikisar, kalau banyak dikhuatirkan berhapak...disarankan simpan ditempat kering & kedap udara...disebabkan hujung minggu masa untuk berehat, saya tidak mahu berlama didapur semata untuk sangan beras, golek² dengan anak lagi best!...lalala...]
Ketiga :
Ketiga :
Ada ibu² yang mengambil cara 2 in 1 iaitu memasak nasi dan dibuat bubur iaitu dengan cara menanak nasi, bila nasi belum kering, ambil seberapa banyak nasi yang diperlukan dan kisar. [saya tak pernah guna cara ini even hujung minggu pun...sebab tak teringat...kalau hari bekerja tidaklah nak menanak nasi pagi subuh..bila nak makannya kan kan kan..]
PERHATIAN : untuk bayi yang baru diperkenalkan dengan bubur nasi, hendaklah dikisar & ditapis bubur tersebut untuk tekstur yang lebih halus, lebih menjamin proses pencernaan & sistem penghadaman yang baik bagi bayi yang baru hendak memulakan aktiviti menelan makanan selain susu.
Nota Kaki:
* bertanda [] berwarna adalah tambahan/komen saya....^_^
* bertanda [] berwarna adalah tambahan/komen saya....^_^
owhhh kalo nk wat stok seminggu punya kena goreng dulu beras tu ye.thanx for the info
ReplyDeleteantalya:
ReplyDeleteGoreng TANPA MINYAK ye...