SAYA bakal melahirkan anak sulung. Saya pernah terbaca larangan memberikan nama berunsur kemewahan dan menunjukkan nasib yang baik seperti Rabah (sangat beruntung) dan Yasar (sangat mewah).
Bagaimana pula dengan nama menunjukkan sifat seperti cantik, cerdik dan seumpamanya? Apakah bentuk nama yang dituntut dalam Islam sebenarnya?
MUSYKIL
Kuala Lumpur
IBU bapa hendaklah menamakan anaknya dengan nama yang baik atau membawa erti baik. Antara nama yang dianjurkan ialah nama nabi, nama Allah dengan didahului penambahan Abdul (bermaksud hamba) terutama Abdullah (maksudnya hamba Allah) dan Abdul Rahman (hamba kepada Yang Maha Pemurah).
Islam tidak menggalakkan pemberian nama yang buruk seperti 'Harb' (bermaksud perang) dan 'Murrah' (pahit).
Pada asasnya, nama seperti Rabah dan Yassar dibolehkan.
Kebiasaannya, ibu bapa merujuk kepada alim ulama (orang berpengetahuan) untuk menamakan anak mereka.
Di samping itu, mereka juga boleh membaca buku panduan memberi nama Muslim.
Contohnya, buku Abu Afiqah, Amalan Ketika Mengandung & Setelah Bersalin serta Panduan Menamakan Bayi boleh dijadikan panduan.
Anda juga boleh merujuk kepada Internet seperti Himpunan Nama-Nama Pilihan di laman http://www.darulnuman.com/mhikmah/nama/index.html
Emmm kan....budak sekarang nama berjela kan...ada tu sampai 3 perkataan yang penuh...pastu nama bapaknya 1 je cetoet...tu belum lagi nak sebut...he he he....
Apapun pilih lah nama yang BAIK dan BERMAKSUD...dan PANGGILLAH dengan NAMA ITU..kerana nama itu adalah DOA untuk mereka...
No comments:
Post a Comment