Thursday, March 31, 2011

Tak nampak?

Assalamualaikum...

Eh apa yang tak nampak?....gambar ye...ada orang bagitahu ada setengah gambar tak nampak....crack suda....ok nanti saya upload lain k....

http://www.emocutez.com





Sama-sama BERTUKAR...

Assalamualaikum...

Sama-sama bertukar...http://www.emocutez.com ehh bukan bertukar jadi resaksa yerp....ye lah lama dah berhabuk blog ini..tiba-tiba tajuk BERTUKAR pulak ....

Ini ada promosi dari EYBIZZONLINE untuk blogshop CLICK2MYSHOP = BLOGSHOP saya yer...jual pakaian bayi & kanak-kanak...ada juga produk sampingan...nak tahu lebih lanjut TERJAH lah ye....DISKAUN lagi kalau jadi MEMBER...http://www.emocutez.com

Ini page EYBIZZONLINE mempromosikan blogshop CLICK2MYSHOP
Cantek kan blog beliau hehe....ada kartun pakai tudung lagi...jeles tau....dengan dia lah saya buat watermark untuk blogshop & blogpersonal....



Inilah blogshop CLICK2MYSHOP

Selamat Mencuci Mata!


Nota Kaki:
* Sedar tak sedar dah lama berhabuk blog ni....Follower blog ni dah 50 orang...TERIMA KASIH ye...saya akan cuba memeriahkan blog ni sehabis daya ahaks....entry semua dalam draft...sabarrrr jeee haku nih!!!

Saturday, January 29, 2011

SALE!

STICK ENTRY...entry baru sila skroll bawah lagi ye...

SALE! SALE! SALE!SALE! SALE! SALE!

CLEARANCE SALE! SALE! SALE!SALE!CLEARANCE SALE!

kembali lagi.....

BABY & KIDS CLOSET

Masa terhad sahaja!!...Jom Soping meh!!


Tuesday, January 25, 2011

Details Pemenang Contest...

MODE STICK ENTRY

Assalamualaikum wbt..

Saya baru sahaja emel kepada semua...sila baca yer....

Ada juga beberapa orang yang tak dapat saya kesan seperti :


cik_starzz - xde link disertakan...

Sila emel ke ayue7882@gmail.com untuk proses selanjutnya ye....TERIMA KASIH.

Saturday, December 18, 2010

Pemenang Contest...

PEMENANGNYA adalah.....http://www.emocutez.com


------------------------------------------------------



---------------------------------------------



------------------------------------


---------------------------


------------------


---------


SEMUA adalah PEMENANG!! http://www.emocutez.com

yeyyy yeyyy yeyyyy...

tepuk tangan semua...


Memang ikutkan semua bagi jawapan BETUL...kecuali ZAIKULIM...bagi jawapan Frame gambar...hehehe...takpe lah...suka-suki je saya buat Contest ni...pukul rata saya bagi semua....SUKA TAK????

Jadi siapa belum tinggalkan jejak DISINI...sila cepat berbuat demikian....setakat ini hanya 14 orang daripada 28 peserta yang tinggalkan jejak....kalau tak cemana saya nak bagi HADIAH kan....sila ye sila...saya kene tunggu semua bagi info baru boleh pos kat korang...

HADIAH? TUNGGULAH ye...yang pasti berguna sepanjang tahun 2011 nih....http://www.emocutez.com


Saturday, December 11, 2010

Contest Announcement..

Salam Semua...

tarikh Contest sudah tamat...maaf lambat umum...
tunggu lah ek 2-3 hari...
aiimmmm sorryyyy...
ada hal terlalu sibuk nak setelkan...

sebelum tu...minta kerjasama semua yang dah masuk contest bagi NICKNAME & EMEL dan letak di komen entry ini ye...
contoh: 6 (no link) - nickname, emel

TERIMA KASIH

  1. http://mamiuyuncontest.blogspot.com/2010/12/contest-teka-teki.html
  2. http://lovecontestverymuch.blogspot.com/2010/12/contest-teka-teki.html
  3. http://zaiikulim.blogspot.com/2010/11/contest-teka-teki.html
  4. http://nettskerepek.blogspot.com/2010/11/contest-teka-teki.html
  5. http://nanamrul-contest.blogspot.com/2010/12/contest-teka-teki.html
  6. http://farah23-wettbewerb.blogspot.com/2010/12/contest-teka-teki.html
  7. http://mamaaerishtwo.blogspot.com/2010/12/contest-teka-teki.html
  8. http://bambam-story.blogspot.com/2010/12/contest-teka-teki.html
  9. http://ilovecontest-ya.blogspot.com/2010/12/contest-teka-teki.html
  10. http://chilloutcontest.blogspot.com/2010/12/contest-teka-teki.html
  11. http://sasuzanazanudin.blogspot.com/2010/12/contest-teka-teki.html
  12. http://erawatie18.blogspot.com/2010/12/contest-teka-teki.html
  13. http://contestcontestcontest.blogspot.com/2010/12/contest-teka-teki.html
  14. http://tungkukayu.blogspot.com/2010/12/contest-teka-teki.html
  15. http://nurezzattie.blogspot.com/2010/12/contest-teka-teki.html
  16. http://aanie.blogspot.com/2010/12/contest-teka-teki.html
  17. http://diyadaniablogspotcom.blogspot.com/2010/12/contest-teka-teki.html
  18. http://tomatokering.blogspot.com/2010/12/contest-teka-teki.html
  19. cik_starzz - xde link disertakan...
  20. http://bluepinkbaby.blogspot.com/2010/12/contest-teka-teki.html
  21. http://qard91.blogspot.com/2010/12/contest-teka-teki.html
  22. http://sofiah-andaikutahu.blogspot.com/2010/12/contest-teka-teki.html
  23. http://blogjuniza.blogspot.com/2010/12/contest-teka-teki.html
  24. http://whatrudoin-gaentries.blogspot.com/2010/12/contest-teka-teki.html
  25. http://kehelan-contest.blogspot.com/2010/12/contest-teka-teki.html
  26. http://momoplayground.blogspot.com/2010/12/contest-teka-teki.html
  27. http://dilaloveawi.blogspot.com/2010/12/contest-teka-teki.html
  28. http://myapeapeaje.blogspot.com/2010/12/contest-teka-teki.html

Friday, December 10, 2010

^Contest TEKA TEKI^

~STICKY MODE~
^Contest TEKA TEKI^
10 hari sahaja
01/12/2010 sehingga 10/12/2010



(untuk Save as Banner KLIK SINI )

Senaraikan barang-barang BUKAN permainan @ TAK berkaitan dengan kanak-kanak yang TAK SEPATUTnya ada didalam gambar itu

Syarat-syarat :

1) Blogger Warganegara & menetap di Malaysia sahaja.
2) FOLLOW untuk ketiga-tiga blog dibawah:
Tinta Kibod
Dunia Anakku
Click2 My Shop
3) Buat entry dengan tajuk ^Contest TEKA TEKI^
4) Letak Banner dalam entry & sidebar dan LINK
(untuk Save as Banner KLIK SINI)
5) Jangan lupa tinggalkan LINK ENTRY & JAWAPAN disini sahaja (bukan dalam entry korang)

Contoh:
link : htpp://(entry korang)......
Jawapan :
1. gincu
2. sikat
3. sepit kuku

limit 3 barang je tau!


He he he bes gak ni..mesti macam-macam jawapan korang kan....

diulangi.....

10 hari sahaja
01/12/2010 sehingga 10/12/2010

HADIAH??
kita tengok dulu berapa ramai yang teka dengan tepat....yeyeaaarghhhhh!!!

PERHATIAN:

Contest ini diletak di ketiga-tiga blog...oleh itu buat hanya di blog DUNIA ANAKKU sahaja ye...kalau tak nanti ada pertindihan penyertaan pulak....



Saturday, December 4, 2010

Solid Food : Resepi 7 - Mee Suah Sup

Resepi MEE SUAH SUP


Ni rupa mee suah....dibuat dari tepung beras...tapi tak kenyal macam mihun...kalau basuh mesti cepat lembut...tak macam mihun..keras dah rendam baru lembut dan kenyal itupun makan masa...

Bahan²:
Mee Suah
Air
Bumbu bawang
Ayam/Ikan
Daun Sup
Lobak/apa saja sayuran (dalam gambar tak ada lobak)

Cara:

- Panaskan air sehingga menggelegak dan masukkan bumbu bawang (nak tumis pun boleh) dan ayam.
- Masukkan mee suah dan masak sehingga kembang.
- Akhir sekali, masukkan sayuran seperti daun sup (kalau lobak kene masuk awal sebab keras)

Nota Kaki:
* Jika memberi kepada baby yang masih makan kisar..boleh juga kisarkan selepas masak...

Friday, December 3, 2010

Thermos panas...

Hasil daripada entry dayu...

Panassss.....soalan panas...beberapa orang yang bertanya macamana rupa thermos bekalan anak....mari lihat...

sumber

nak cari gambar je..bukan beli kat sini


Ada 3 tempat...senang nak bahagi kan..untuk pagi, tengahari dan snek...tak pun kalau masakan untuk nasi/bubur, lauk dan snek...biru menjadi pilihan sebab anak bujang kan....errrr chopstik tu abaikan je...jadi mainan...hahaha....eh ada paten lain ok...cam kat bawah ni....

Tapi selesa lagi yg biru tu macam tak besar...bukan pasal ikut anak bujang/dara pun hehehe....ini beli kat Jusco sebab kebetulan ada sale dan mengutip point...harga ingat lupa lebih kurang nak dekat RM100 gak lah..ada warranty 5 tahun....

Banyak lagi pilihan..terjah aje kat web THERMOS....sebagai panduan pilihan pelbagai jenis bekas makanan dan minuman ye...


Friday, November 26, 2010

Nama Anak untuk dipanggil...

Ada sesuatu untuk dikongsi berkaitan NAMA ANAK....blogwalking dapat dari sini....asal daripada Metro ruangan soal jawab agama...

SAYA bakal melahirkan anak sulung. Saya pernah terbaca larangan memberikan nama berunsur kemewahan dan menunjukkan nasib yang baik seperti Rabah (sangat beruntung) dan Yasar (sangat mewah).

Bagaimana pula dengan nama menunjukkan sifat seperti cantik, cerdik dan seumpamanya? Apakah bentuk nama yang dituntut dalam Islam sebenarnya?


MUSYKIL
Kuala Lumpur

IBU bapa hendaklah menamakan anaknya dengan nama yang baik atau membawa erti baik. Antara nama yang dianjurkan ialah nama nabi, nama Allah dengan didahului penambahan Abdul (bermaksud hamba) terutama Abdullah (maksudnya hamba Allah) dan Abdul Rahman (hamba kepada Yang Maha Pemurah).


Islam tidak menggalakkan pemberian nama yang buruk seperti 'Harb' (bermaksud perang) dan 'Murrah' (pahit).

Pada asasnya, nama seperti Rabah dan Yassar dibolehkan.

Kebiasaannya, ibu bapa merujuk kepada alim ulama (orang berpengetahuan) untuk menamakan anak mereka.

Di samping itu, mereka juga boleh membaca buku panduan memberi nama Muslim.
Contohnya, buku Abu Afiqah, Amalan Ketika Mengandung & Setelah Bersalin serta Panduan Menamakan Bayi boleh dijadikan panduan.

Anda juga boleh merujuk kepada Internet seperti Himpunan Nama-Nama Pilihan di laman http://www.darulnuman.com/mhikmah/nama/index.html


Emmm kan....budak sekarang nama berjela kan...ada tu sampai 3 perkataan yang penuh...pastu nama bapaknya 1 je cetoet...tu belum lagi nak sebut...he he he....

Apapun pilih lah nama yang BAIK dan BERMAKSUD...dan PANGGILLAH dengan NAMA ITU..kerana nama itu adalah DOA untuk mereka...

Saturday, November 13, 2010

Selamat Hari Lahir 2

Lupa nak tepek sebahagian gambar besday tuhari...





Perkembangan TERKINI :


  • Sebelum cecah setahun dia dah pandai jalan...jalan jatuh camtu...bijak...genap setahun terus boleh jalan...laju...'dapat kaki' orang tua kata....semua pelusuk rumah dia kawad...tangan mencapai tempat tinggi jangan cakap lah....memang tak boleh ada benda tepi meja...meja alat solek...wayar lekat kat dinding..siaplah!
  • Pandai merajuk dah....huahuahua...hari tu merajuk sungguh dengan abah dia sebab abah dia tutup pintu bilik lepas mandi nak solat...dia nangis...pastu abah dia dah sudah semua nak dukung dia...dia tak mau...dia wat tak tau...dia alihkan badan...muka masam!!...haha anak lahai anak...
  • Pandai pegang bola..pumping....campak...kejar...pegang..campak...pumping...hari tu nampak dengan kawan² dia kat rumah BS main kejar bola..waahhhh so sweeeeet......pandai main bola anak ummi ni ye...
  • Bila lambai² pandai dah sebut TATA sekali...also so sweeetttttt!...
SYUKUR ALHAMDULILLAH...

TAPI dalam pada laju berjalan (dalam rumah) tuh...bila pakaikan kasut...terus jadi patung...hahaha..lebih lagi disarungkan kasut yang bunyi bedecit tuh...adehhh....sekarang kena training keluar pakai kasut dan ajak dia berjalan pakai kasut...

Friday, November 12, 2010

Carta Perkembangan Bayi & Kanak²

Nak kongsi info :)


Carta peringkat perkembangan bayi (sumber)

Peringkat perkembangan

1 bulan

* Mengangkat kepala sambil perut menyentuh lantai
* Menggerakkan kepala ke kiri dan kanan
* Bertindakbalas terhadap bunyi yang kuat

2 bulan

* Menggerakkan mata mengikut pergerakan objek
* Mengulangi bunyi vokal seperti "oh" dan "ah"

3 bulan

* Mengangkat kepala sehingga 45°
* Mengangkat kepala sambil perut dan dada menyentuh lantai
* Mengukir senyuman sosial

4 bulan

* Mengangkat kepala sehingga 90°
* Duduk dengan sokongan
* Berguling (dari kedudukan meniarap ke kedudukan menelentang)
* Mengimbang badan menggunakan kedua-dua kaki

5 bulan

Mula tumbuh gigi

6 bulan

* Menghasilkan bunyi dengan 2 suku kata
* Menggapai dan menggenggem objek
* Duduk sendiri dengan sokongan yang minima
* Berguling (dari kedudukan menelentang ke meniarap ke kedudukan menelentang semula)

7 bulan

* Mengajuk bunyi-bunyian
* Menyuap sendiri makanan
* Duduk tanpa sokongan

8 bulan

* Menghisap objek
* Memanggil 'ibu" atau "ayah"
* Mula merangkak
* Bertindakbalas terhadap nama sendiri

9 bulan

* Mengangkat perut untuk duduk
* Berdiri sambil berpegang kepada sesuatu
* Memahami keadaan kekal objek

10 bulan

* Mengambil objek menggunakan 2 jari
* Merangkak dengan sempurna (perut tidak menyentuh lantai
* Menolak badan untuk berdiri dari kedudukan duduk

11 bulan

* Menepuk tangan
* Melambai
* Berdiri dengan sendiri selama beberapa saat
* Memanggil dan mengenali ibu bapa sendiri
* Memahami maksud "tidak"

12 bulan

* Menggeleng
* Memahami arahan mudah
* Berjalan dengan bantuan

13 bulan

* Mengucapkan 2 perkataan (conton: hai dan bye)
* Berdiri dengan sempurna

14 bulan

* Makan menggunakan jari
* Melangkah beberapa langkah tanpa bantuan luar

15 bulan

* Gemar melihat dan menyelak buku
* Berjalan dengan sempurna
* Memanjat tangga

16 bulan

* Bersedih apabila tidak mendapat sesuatu yang diingini

17 bulan

* Bertindakbalas terhadap arahan mudah

18 bulan

* Mengucapkan sehingga 15-20 perkataan
* Minum menggunakan cawan
* Makan menggunakan sudu

19 bulan

* Boleh menggunakan sudu dan garfu
* Berlari dengan sempurna

20 bulan

* Membuka pakaian sendiri tanpa bantuan sesiapa

21 bulan

* Berjalan menaiki tangga dengan bantuan
* Mula mempelajari sehingga 5 perkataan sehari

22 bulan

* Mula mempelajari sehingga 10 perkataan sehari
* Memahami 2 arahan yang berturut (contoh: Ambil anak patung kamu dan bawa ke sini)
* Boleh mengawal pundi kencing

23 bulan

* Menggunakan 50-70 patah perkataan
* Menamakan gambar-gambar mudah di dalam buku
* Menuruni tangga dengan bantuan

24 bulan

* Memakai dan menanggalkan pakaian dengan sendiri
* Sesetengah ucapannya boleh difahami
* Membuat ayat menggunakan 3-4 patah perkataan

Tuesday, October 19, 2010

Selamat Hari Lahir Sayang 1...



Friday, October 15, 2010

Caye sudah..kwn² bila lagi?

Kawan² pernah dengar pasal Vaksin Pneumococcal? Kalau belum memahaminya...boleh klik link kat bawah ni...penuh dengan info dan cerita ye...
SELAMAT BERILMU!

Thursday, October 14, 2010

Gigit buah....

Gigit buah...rasa jus buah....

http://www.emocutez.com

Si tecit punya sebiji warna hijau net dalam gambar ni... warna lain ialah oren & biru. Saya beli di Littlewhiz

Sesuai untuk yang baru nak mengunyah²...ada gigi ke takde gigi boleh aje...

Cara:

- Parut/potong halus buah.
- Masukkan kedalam jaring.

Buah seperti Epal, Lai, Betik, Tembikai/susu, Labu, Lobak dll...

Buahan yang masam seperti limau tidak digalakkan.



Wednesday, October 13, 2010

Solid Food : Resepi 6 - Ikan & Sayur

Resepi IKAN+SAYUR


Bahan²:
1- 2 sudu Beras
Sayur Bayam
Ayam
Cara:
- Masak bubur beras sehingga kembang.
- Masukkan ikan sebentar sehingga masak. Asingkan ketepi.
ATAU
- Bakar ikan tanpa garam dengan sedikit minyak. (hasilnya seperti dalam gambar diatas)
- Bila bubur hampir masak, masukkan sayur dan ikan.
- Kisar halus.

*9-10 bulan ke atas :
=> Boleh dicampurkan dengan 3 pelengkap (bawang merah+bawang putih+halia), versi saya tak tumis sebab minyak dikhaskan untuk anak² yang kurang berat badan.
=> Ikan hanya diracik halus sahaja.
=> Tidak perlu kisar, hanya masak bubur sehingga hancur.
=> Sayur boleh diganti dengan Daun Saderi/Lobak/Kobis dsb.
=> Ikan seperti Tenggiri, Merah, Selar, Bawal (tak gatal).


Nota Kaki :
* Beras direndam dahulu semalaman (sebelum kita tidur) untuk memudahkan beras lembut+cepat masak...
* Maaf, saya tak setuju kalau bubur nasi pun nak di frozen....

Monday, October 11, 2010

Solid Food : Resepi 5 - Ayam & Sayur



Resepi AYAM+SAYUR

Bahan²:
1- 2 sudu Beras
Sayur Bayam
Ayam
Cara:
- Masak bubur beras sehingga kembang.
- Masukkan ayam sebentar sehingga masak. Asingkan ketepi.
- Bila bubur hampir masak, masukkan sayur bayam dan ayam.
- Kisar halus.


*9-10 bulan ke atas :*
=> Boleh dicampurkan dengan 3 pelengkap (bawang merah+bawang putih+halia), versi saya tak tumis sebab minyak dikhaskan untuk anak² yang kurang berat badan.
=> Ayam hanya diracik halus sahaja.
=> Tidak perlu kisar, hanya masak bubur sehingga hancur.
=> Sayur boleh diganti dengan Daun Saderi/Lobak/Kobis dsb.


Nota Kaki :
* Beras direndam dahulu semalaman (sebelum kita tidur) untuk memudahkan beras lembut+cepat masak...
* Maaf, saya tak setuju kalau bubur nasi pun nak di frozen....
Update:
* Minyak yang digunakan seperti Minyak Zaitun/Olive Oil.

Friday, October 8, 2010

Akhir² Syawal..

Dah saki baki Syawal ni...kita kasi enterframe video si tecit menggodam sesuatu...hehe..layan....


Semoga kita berjumpa lagi Ramadhan & Syawal tahun depan....AMIINN

Thursday, October 7, 2010

Mari membaca...

Mari membaca......katalog! haha...


Masa ni si tecit 7 bulan...sangat gebu kan beliau.....



Beriya je kunun baca..katalog...umminya sibuk selak katalog dia pun sibukkk gak...katalog Cosway lak tuh haha...padahal nak main gigit..koyakkan...hehehe....

Wednesday, October 6, 2010

Solid Food : Resepi 1,2,3 & 4

Makanan pertama bayi mengikut kaedah 4 hari berturut² (4 days rules)...ini adalah untuk mengesan keserasian bayi terhadap makanan...dan yang penting adalah mengetahui samada bayi ALAHAN/ELEGIK kepada sesuatu makanan. Setiap bayi tidak sama, ada yang alahan kepada ikan, buah dan sayur...
Saya guna kaedah 4 hari kepada seminggu...saya perkenalkan sesuatu makanan baru setiap hujung minggu...sebab ingin mengetahui sendiri sekiranya bayi ada alahan....jadi bila saya hantar ke babysitter bayi akan tenang meneruskan makanannya dan hati kita pun takdelah risau asyik teringat "elegik ke tak anak aku makan ikan tu"..

Resepi MINGGU PERTAMA
Bahan²:
1 sudu Beras
Susu EBM/FM
Cara:
- Masak bubur beras sehingga kembang, campurkan susu EBM/FM (agak²).
- Kisar halus.
- Tapiskan.

Resepi MINGGU KEDUA
Bahan²:
1- 2 sudu Beras (ikut keperluan sekiranya bayi sudah dapat menerima makanan)
Ikan Bilis (buang tahi dan tulang, direndam + dibasuh untuk menghilangkan garam) [saya rendam semalaman untuk hilangkan garam+melembutkan ikan bilis]
Cara:
- Masak bubur beras sehingga kembang.
- Campurkan ikan bilis.
- Kisar halus.
- Tapiskan.
Resepi MINGGU KETIGA
Bahan²:
1- 2 sudu Beras (ikut keperluan sekiranya bayi sudah dapat menerima makanan)
Pelbagai jenis sayur, setiap hari 1 sayur (stimkan/celur sayur, potong² jika sayur lebar/panjang, jika seperti lobak/kentang, potong dan masukkan awal bersama beras)
*Jenis sayur seperti Bayam, Brokoli, Lobak, Kobis bunga, Kentang, Sawi Pak Choy, Kangkung, Daun Saderi/Sup dll.
Cara:
- Masak bubur beras sehingga kembang.
- Campurkan sayur.
- Kisar halus.
- Tapiskan.
Resepi MINGGU KEEMPAT
Bahan²:
Buah²an seperti Pisang, Epal, Lai, Lobak, Kentang.
Sedikit susu EBM/FM
Cara:
- Potong + rebus dahulu.
- Kisar halus.
- Tapiskan.
Selepas ini bolehlah kita mix and match menu :)

Nota Kaki :
* Beras direndam dahulu semalaman (sebelum kita tidur) untuk memudahkan beras lembut+cepat masak...
* Maaf, saya tak setuju kalau bubur nasi pun nak di frozen....