Tuesday, September 1, 2015

Pre Loved Cloth Diaper [CD]/Lampin Kain

Assalamualaikum/Hi...

Disini saya nak war²kan..

Pre Loved Cloth Diaper (CD) /Lampin Kain.
[rujuk harga dalam gambar]

MURAH | nak let go utk sesiapa belum biasa inilah masanya mencuba, murah sebab pre loved kain masih elok lagi.
SENANG | boleh dicuci dengan M.E.S.I.N-B.A.S.U.H ya.
JIMAT | tak perlu diaper pakai buang lagi.
PERCUMA-cara²nya boleh saya ajar...
KELEBIHAN lain | sebagai pengganti seluar nak mandi laut pon bolehhhh :) | Bandar Baru Bangi & Taman Nusa Intan, Senawang-free delivery ikut kesesuaian masa ya :)

Whatsapp 017.6014541


~Printed Babyland CD 1~
1 pcs = RM12+ 2 insert + FREE liners


~Printed Sunny Baby CD 2~
1 pcs = RM14+ 2 insert + FREE liners


1 helai = RM2


Wednesday, January 22, 2014

Peluklah Anak-anak Kita....

Assalamualaikum/Hi...

Sumber : Ibubapacemerlang


Thursday, October 3, 2013

4 Tips Didik Anak ikut Sunnah Rasulullah

Assalamualaikum/Hi...


Wednesday, August 28, 2013

Menangani Anak Tidak Mahu Pergi Sekolah....

Assalamualaikum/Hi...

Ada masalah anak tak mahu pergi sekolah?
saya sedang mengalaminya...
tak tahu punca...
sekarang tengah siasat...
tapi itulah masalah anak ni disebelah pagi je...
petang bila tengok riang ria pulak dia balik...
kita kongsi bersama Tips ini ya....

Petua Menangani Anak Tidak Mahu Pergi Sekolah 
Ada kanak-kanak yang memang suka pergi sekolah tapi ada juga segelintir yang tak suka pergi sekolah. Yang pasti, mesti ada sesuatu sebab kenapa mereka tidak mahu pergi sekolah.  Masalah ini biasanya berlaku bagi anak berumur 4 -7 tahun yang baru hendak mula bersekolah. Walaupun demikian ada juga kes anak yang tidak suka ke sekolah yang berlarutan sehingga sekolah rendah. 

Antara Penyebabnya 
1. Tidak mahu berpisah dengan ibu dan adik-adik di rumah
2. Dibuli oleh kawan-kawan di sekolah
3. Guru yang tidak disukainya; mungkin gurunya selalu menegur dan marah secara      yang tidak disukainya.
4. Tidak suka berkawan, suka tinggal berseorangan disebabkan tidak dibiasakan       sebelumnya
5. Tidak selesa, takut, tidak pernah berenggang dengan ibu bapa dan tidak rasa         selamat
6. Perasaan takut dan tidak selesa berdepan dengan guru dan kawan-kawan
7. Tidak suka bangun awal pagi
8. Tidak suka dengan persekitaran sekolah 

Cadangan Penyelesaian 
Selidiki punca masalah; apakah sebab anak tidak mahu pergi sekolah. Pujuk dan tanya kenapa dia tidak mahu pergi sekolah; adakah sebab kena buli, takut kawan atau guru atau sebagainya. Berdasarkan punca masalah tersebut, cuba cari jalan penyelesaian yang sesuai seperti berikut:
1. Ceritakan suasana positif dan keseronokan di sekolah, seperti “ada ramai               kawan”, “guru yang baik”, “boleh main dengan kawan” dan sebagainya..
2. Beri ganjaran (umpan) kepada anak yang tidak mahu ke sekolah dengan                 sesuatu yang disukai sekiranyanya dia rajin ke sekolah tetapi janji tersebut               mestilah jangan keterlaluan dan di dalam kemampuan ibu bapa.
3. Latih anak bangun awal, sebaik-baiknya dapat solat subuh bersama-sama.             Sediakan mereka dengan pakaian yang kemas.
4. Mungkin juga ibu atau bapa perlu temankan dia di sekolah untuk berapa ketika       sehingga dia rasa selamat dan yakin
5. Buat kerja rumah dan ulangkaji bersama-sama. Tanya hal-hal aktiviti, siapa               kawan dia di sekolah dan sebagainya. Tunjukkan minat dan sokongan anda              terhadap persekolahannya.
6. Berbincang dengan guru sekiranya anak anda dibuli atau takut kepada kawan.          Biasanya guru juga dapat mengesan dan mengambil tindakan yang sewajarnya.
7. Bantu anak dapatkan kawan seramai yang mungkin dan secepat mungkin. Ada     juga kanak-kanak yang lambat mendapat kawan, dan ada yang cepat (bergantung      kepada sifat genetik, persekitaran dan asuhan).
8. Tukar sekolah. Ini adalah pilihan terakhir sekiranya masalah persekitaran, guru         dan rakan sukar diatasi. Kemungkinan juga anak tidak minat dengan silibus di          sekolah berkenaan.
9. Berdoa semoga diberikan minat dan keinginan yang tinggi bagi anak-anak                menuntut ilmu yang bermanfaat.


Saturday, August 17, 2013

Salam Aidilfitri 2013...

Assalamualaikum/Hi...

Rasanya belum terlambat...
untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya...
kepada pembaca blog...
yang singgah secara tidak sengaja...
bila google info dan ada link, klik dan terus disini...
Terima Kasih sudi singgah...
semoga info disini dapat dimanfaatkan bersama...

Jumpa lagi yer....


Thursday, April 25, 2013

Harga Pre-Order Click² My Shop


Assalamualaikum/Hi....

Order dibuka untuk beberapa hari ini sahaja...
harap maklum ye...
ini Pre-Order...
mesti memiliki sifat sabar menunggu taw...

Kali ni berbeza konsep...
harga Pre-Order lebih murah berbanding harga Retail...
sesuai dengan 'harga' kesabaran anda menunggu...

Pre-Order untill 28 April 2013
ETA early June 2013

More details at :

Saturday, April 6, 2013

Adab Kejutkan Anak dari Tidur

Assalamualaikum/Hi...

Friday, April 5, 2013

Kenali Tingkahlaku Anak 2 hingga 4 tahun

Assalamualaikum/Hi...

Sumber : Excel Qhalif




Tuesday, December 18, 2012

Cakkk!!

Assalamualaikum/Hi...

Baiikkk...
tahu blog ini memang sedikit terabai....
jarang update disini...
kekangan masa kot...
alasan je kan...
hehehe...

Nak delete sayang...
maka teruskan je lah...
lagipun blog ni untuk letak INFO...
bab merapu kita ke blog lain je..
hehehe...

Ok jumpa lagi...





Thursday, July 5, 2012

Pemakanan seawal usia 6 bulan

Assalamualaikum/Hi...

Klik sini..
klik sana..
kat PC ni..
tiba-tiba nampak 3 attachment ni..
rasanya belum share..
meh kita share yer...

Solid Food...
pemakanan seawal usia 6 bulan....

Klik utk besar yek



Menjadi IBU terbaik untuk anak-anak kita ^_^



Wednesday, April 4, 2012

Hi semua...

Assalamualaikum/Hi...

Maaf yer..
blog ni dah jadi blog jualan pula...
nak cerita apa yer?..

Anak semakin membesar...
ikut tahun dah masuk 3 tahun pun..
adik?
hehehe...
kami hanya berusaha...
semuanya ketentuan Allah SWT...

Doakan kami ye...


Monday, March 12, 2012

SALE Cuti Sekolah Seminggu...

*STICK NOTE...sampai habis Sale...
sempena cuti sekolah seminggu ni....sale pun seminggu (nanti cuti sekolah 3 minggu atau 2 bulan tak tentu lagi ada sale tau!!!...lalalalala.....).....murah  gituuuuuuuuuuuu...saiz terhad tak banyak dah...
SCHOOL HOLIDAY
from 10 MAR to 17 MAR 2012

RM19 ONLY!!!

Wednesday, January 18, 2012

5 jenis IPAD KIDS LEARNING..RM30 je inc pos!

Assalamualaikum....

STICK ENTRY

Order akan dihantar ESOK 20.01,2012 kepada supplier untuk dapatkan Q terawal kerana supplier akan hantar secara berperingkat...jadi SIAPA ORDER DULU, DIA DAPAT. 
Disamping itu boleh lagi order sehingga tarikh tutup seperti dinyatakan dibawah :-





Closing Date Order at 28.01.2012
ETA  early March 2012
Tarikh order untuk 1st batch 18 January 2012, tarikh telah dilanjutkan ke 28 January 2012 atas permintaan SUPPLIER kerana semua jenis ipad kids  wholesale akan dihantar secara berperingkat .  ETA ke Malaysia adalah 25 February hingga 5 March 2011 (ini adalah anggaran sahaja bergantung kepada production).

Ini item untuk PRE-ORDER ye...MURAH je RM30 termasuk pos...


Jengah SPESIFIKASI di  :- 

~ Click2 My Shop ~

Wednesday, December 21, 2011

Akan datang...Jualan Giler² di Click² My Shop

Assalamualaikum/Hai....

Terlebih dahulu minta maaf banyak² lah ye sebab dah war² kan haritu ada jualan di Click² My Shop bermula 18 Disember ...tapi masih tak tertunai...update stok tak habis²....pulak ada hal² lain yang lagi penting kene setel dulu...ditambah dengan itulah inilah...maka kepenatan berGANDA-GANDA....

Jangan risau....jualan harga gila murah punya! 

Cuma...pesanan penaja...

Bila harga dah tentu murah giler, jangan ada mintak diskaun lagi yer....anda pembeli sila bandingkan dulu harga dengan tempat lain...itu TIPS nak tahu jualan nanti memang murah giler atau tak...

Dah ready akan khabarkan lagi...

Insya'Allah sebelum menjelang tahun baru 2012....


Wednesday, December 14, 2011

Tips Dapat Zuriat

Assalamualaikum/Hi...


Disebabkan ada kawan² tak dapat baca sebab ofis blocked certain website....maka ditepekkan semula mana² hasil tulisan berserta sumbernya ya...

============================

Sumber asal : luvmalaysia.com

KENAPA KITA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?

Ada 2 sebab utama :-
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.

Kedua-duanya adalah sama penting.
Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.



MARI KITA FAHAMI KITARAN HAID WANITA


Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.

Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.

Hari 1-4

Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Hari 5-13

Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Hari 14

Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.

Hari 15-28

Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.



BILAKAH WAKTU SUBUR?

Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.

Bilakah secara tepat ia berlaku? 


Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.

** (14 days from the 1st day of your NEXT period - NOT your previous period)


Tak faham? Macam ni. 
  • Bila period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari - 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. 
  • Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari - 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. 
  • Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.


Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.

CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR

Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing wanita tapi saya tak pernah jumpa lagi di klinik2 di K.Lumpur.

FYI, sekarang sudah terdapat kit kesuburan dan boleh didapati di kedai farmasi seperti Watson dan lain²...


Contoh dari blog ini


MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT

Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.

Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.

Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.

Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.




Tuesday, November 22, 2011

Alhamdulillah....moga manfaat...

Assalamualaikum/Hi...

Dok godek Nuffnang...dapatlah sumber ini...


Terima kasih ye...sudi-sudikan tengok resepi untuk anak....

Kurang pulak resepi kanak-kanak....sebab dah tak kisah sekarang...apa mak ayah makan dia pun makan sekali...ada untuk snek....tapi tak terupdate lagi....nanti yer...


Monday, November 14, 2011

Kongsi tentang Pra-sekolah PERCUMA

Assalamualaikum/Hi....


Jangan lepaskan peluang pembelajaran pra-sekolah anak anda kerana masalah kewangan, lihatlah ini....


Kongsilah video ini supaya semua anak-anak Malaysia dapat pendidikan yang secukupnya.




Wednesday, November 2, 2011

Promosi HADIAH & REBAT

Assalamualaikum....

Terbuka kepada semua pelanggan TM


Dapatkan RM2 REBAT setiap bulan dengan menDAFTAR secara AUTOPAY bil² TM 

(telefon/streamyx/unifi/cdma dll.)

Setiap pendaftaran akan dihadiahkan item seperti dalam gambar.

1 atau 2 akaun = 1 Shoe Beg @ 1 USB port


3 akaun = 1 Beg pack







USB port



Beg pack


Shoe Beg




Tinggalkan EMEL anda untuk disalurkan borang PENDAFTARAN ye...^_^



Saturday, August 27, 2011

Salam Aidilfitri 2011

Assalamualaikum....

Buat SEMUA...
HATI-hati dijalanraya....
ZAKAT fitrah jangan dilupa...
SEDEKAH kepada yang tidak punya apa-apa...
DOA pada yang telah tiada......
IBU BAPA...bahagiakanlah mereka...


Monday, June 27, 2011

Mari Melangkah bersama si kecil...di hari RAYA

Assalamualaikum/Hi....

Pagi Isnin yang hujan lebat...dimulakan dengan pembukaan kedai Click2 My Shop..

PRE-ORDER Pre-Walker SHOES...4 hari untuk order sehingga 30 JUN 2011 ye...dengan 50% deposit 

SANGAT CUTE...SMART...



dan BANYAK LAGI di Click2 My Shop!


NOTA KAKI :
Sebelum ni tak amik deposit sebab percaya dengan customer, tapi bila customer sendiri mengambil kesempatan atas kesenangan dan rasa rendah diri tokey tak amik deposit, ada yang culas, ada yang dolak dalik, saat akhir batal order [manusia dipegang pada JANJI]...ada yang pelbagai lagi...jadi inilah kesudahannya....DEPOSIT 50% OK...