Tuesday, October 19, 2010

Selamat Hari Lahir Sayang 1...



Friday, October 15, 2010

Caye sudah..kwn² bila lagi?

Kawan² pernah dengar pasal Vaksin Pneumococcal? Kalau belum memahaminya...boleh klik link kat bawah ni...penuh dengan info dan cerita ye...
SELAMAT BERILMU!

Thursday, October 14, 2010

Gigit buah....

Gigit buah...rasa jus buah....

http://www.emocutez.com

Si tecit punya sebiji warna hijau net dalam gambar ni... warna lain ialah oren & biru. Saya beli di Littlewhiz

Sesuai untuk yang baru nak mengunyah²...ada gigi ke takde gigi boleh aje...

Cara:

- Parut/potong halus buah.
- Masukkan kedalam jaring.

Buah seperti Epal, Lai, Betik, Tembikai/susu, Labu, Lobak dll...

Buahan yang masam seperti limau tidak digalakkan.



Wednesday, October 13, 2010

Solid Food : Resepi 6 - Ikan & Sayur

Resepi IKAN+SAYUR


Bahan²:
1- 2 sudu Beras
Sayur Bayam
Ayam
Cara:
- Masak bubur beras sehingga kembang.
- Masukkan ikan sebentar sehingga masak. Asingkan ketepi.
ATAU
- Bakar ikan tanpa garam dengan sedikit minyak. (hasilnya seperti dalam gambar diatas)
- Bila bubur hampir masak, masukkan sayur dan ikan.
- Kisar halus.

*9-10 bulan ke atas :
=> Boleh dicampurkan dengan 3 pelengkap (bawang merah+bawang putih+halia), versi saya tak tumis sebab minyak dikhaskan untuk anak² yang kurang berat badan.
=> Ikan hanya diracik halus sahaja.
=> Tidak perlu kisar, hanya masak bubur sehingga hancur.
=> Sayur boleh diganti dengan Daun Saderi/Lobak/Kobis dsb.
=> Ikan seperti Tenggiri, Merah, Selar, Bawal (tak gatal).


Nota Kaki :
* Beras direndam dahulu semalaman (sebelum kita tidur) untuk memudahkan beras lembut+cepat masak...
* Maaf, saya tak setuju kalau bubur nasi pun nak di frozen....

Monday, October 11, 2010

Solid Food : Resepi 5 - Ayam & Sayur



Resepi AYAM+SAYUR

Bahan²:
1- 2 sudu Beras
Sayur Bayam
Ayam
Cara:
- Masak bubur beras sehingga kembang.
- Masukkan ayam sebentar sehingga masak. Asingkan ketepi.
- Bila bubur hampir masak, masukkan sayur bayam dan ayam.
- Kisar halus.


*9-10 bulan ke atas :*
=> Boleh dicampurkan dengan 3 pelengkap (bawang merah+bawang putih+halia), versi saya tak tumis sebab minyak dikhaskan untuk anak² yang kurang berat badan.
=> Ayam hanya diracik halus sahaja.
=> Tidak perlu kisar, hanya masak bubur sehingga hancur.
=> Sayur boleh diganti dengan Daun Saderi/Lobak/Kobis dsb.


Nota Kaki :
* Beras direndam dahulu semalaman (sebelum kita tidur) untuk memudahkan beras lembut+cepat masak...
* Maaf, saya tak setuju kalau bubur nasi pun nak di frozen....
Update:
* Minyak yang digunakan seperti Minyak Zaitun/Olive Oil.

Friday, October 8, 2010

Akhir² Syawal..

Dah saki baki Syawal ni...kita kasi enterframe video si tecit menggodam sesuatu...hehe..layan....


Semoga kita berjumpa lagi Ramadhan & Syawal tahun depan....AMIINN

Thursday, October 7, 2010

Mari membaca...

Mari membaca......katalog! haha...


Masa ni si tecit 7 bulan...sangat gebu kan beliau.....



Beriya je kunun baca..katalog...umminya sibuk selak katalog dia pun sibukkk gak...katalog Cosway lak tuh haha...padahal nak main gigit..koyakkan...hehehe....

Wednesday, October 6, 2010

Solid Food : Resepi 1,2,3 & 4

Makanan pertama bayi mengikut kaedah 4 hari berturut² (4 days rules)...ini adalah untuk mengesan keserasian bayi terhadap makanan...dan yang penting adalah mengetahui samada bayi ALAHAN/ELEGIK kepada sesuatu makanan. Setiap bayi tidak sama, ada yang alahan kepada ikan, buah dan sayur...
Saya guna kaedah 4 hari kepada seminggu...saya perkenalkan sesuatu makanan baru setiap hujung minggu...sebab ingin mengetahui sendiri sekiranya bayi ada alahan....jadi bila saya hantar ke babysitter bayi akan tenang meneruskan makanannya dan hati kita pun takdelah risau asyik teringat "elegik ke tak anak aku makan ikan tu"..

Resepi MINGGU PERTAMA
Bahan²:
1 sudu Beras
Susu EBM/FM
Cara:
- Masak bubur beras sehingga kembang, campurkan susu EBM/FM (agak²).
- Kisar halus.
- Tapiskan.

Resepi MINGGU KEDUA
Bahan²:
1- 2 sudu Beras (ikut keperluan sekiranya bayi sudah dapat menerima makanan)
Ikan Bilis (buang tahi dan tulang, direndam + dibasuh untuk menghilangkan garam) [saya rendam semalaman untuk hilangkan garam+melembutkan ikan bilis]
Cara:
- Masak bubur beras sehingga kembang.
- Campurkan ikan bilis.
- Kisar halus.
- Tapiskan.
Resepi MINGGU KETIGA
Bahan²:
1- 2 sudu Beras (ikut keperluan sekiranya bayi sudah dapat menerima makanan)
Pelbagai jenis sayur, setiap hari 1 sayur (stimkan/celur sayur, potong² jika sayur lebar/panjang, jika seperti lobak/kentang, potong dan masukkan awal bersama beras)
*Jenis sayur seperti Bayam, Brokoli, Lobak, Kobis bunga, Kentang, Sawi Pak Choy, Kangkung, Daun Saderi/Sup dll.
Cara:
- Masak bubur beras sehingga kembang.
- Campurkan sayur.
- Kisar halus.
- Tapiskan.
Resepi MINGGU KEEMPAT
Bahan²:
Buah²an seperti Pisang, Epal, Lai, Lobak, Kentang.
Sedikit susu EBM/FM
Cara:
- Potong + rebus dahulu.
- Kisar halus.
- Tapiskan.
Selepas ini bolehlah kita mix and match menu :)

Nota Kaki :
* Beras direndam dahulu semalaman (sebelum kita tidur) untuk memudahkan beras lembut+cepat masak...
* Maaf, saya tak setuju kalau bubur nasi pun nak di frozen....

Friday, October 1, 2010

Caye Mamam....

Assalamualaikum & Hi....

Teruja tak tengok...semangat si tecit ni MAKAN!! siap nangis lambat bagi hokeyyyy!!! Tak ingat berapa bulan masa tu...resepinya... blend LOBAK & KENTANG dengan Cheese....nyum nyum nyum!!



Masa ni bagi makan dalam walker....sekejap je dalam walker ni....bosan dah hehehe....


* Tengah draft Resepi Solid Food....