Tuesday, August 24, 2010

Solid Food : Intro 2-Proses Pemberian Makanan Pelengkap

Assalamualaikum & Hi...

Sumber: PakarPemakanan.wordpress.com

Proses Pemberian Makanan Pelengkap

Proses pemberian makanan pelengkap adalah satu proses dimana bayi secara perlahan-lahan bertukar dari diet susu sahaja kepada diet campuran yang mengandungi susu dan makanan pelengkap. Anda digalakkan memberi makanan pelengkap ketika bayi berusia 6 bulan memandangkan sistem penghadamannya sudah matang untuk menerima makanan selain daripada susu ibu. Makanan pelengkap amat penting untuk bayi kerana nutrien daripada susu ibu sahaja tidak mencukupi untuk menampung kesemua keperluan nutrien bayi anda.

Langkah-langkah untuk mengenal bayi kepada makanan pelengkap ialah:
  • Perkenalkan bubur nasi sahaja yang telah dikisar halus. [.....dan ditapis untuk intro bayi, kemudian barulah dilecek bila sudah tumbuh gigi...]
  • Selepas seminggu, masukkan pula sayuran ke dalam bubur tadi. sayur yang dicadangkan ialah sayur hijau seperti bayam, kangkung atau lobak merah dll. [...atau bunga kobis, kobis, daun bawang, daun sup]
  • Selepas seminggu masukkan pula sumber protein seperti ikan, telur kuning atau daging ayam. [...ada sumber menyatakan telur + daging hanya sesuai untuk 1 tahun ke atas, juga TIDAK sesuai untuk bayi eczema]
  • Bubur nasi perlulah seimbang dari segi zat karbohidrat, vitamin dan mineral serta protein.
  • Memperkenalkan bahan satu persatu adalah untuk mengenalpasti bayi mempunyai alahan kepada makanan tertentu. [.......mengikut kaedah 4 hari untuk satu² bahan]
  • Elakkan meletakan bahan perisa, garam atau gula ke dalam makanan bayi. Ini adalah untuk membolehkan bayi merasa bahan secara semulajadi. [...bila bayi sejak awal diletakkan bahan perasa, dikhuatiri selamanya bayi akan ketagih dengan rasa masin, manis...contohnya menjurus kepada junk food]
Nota Kaki:
* bertanda [] berwarna adalah tambahan/komen saya....^_^

Monday, August 23, 2010

Solid Food : Intro 1-Tanda-tanda Bayi Anda Sudah Bersedia

Assalamualaikum & Hi...

Sumber : RatuHati.com

Tanda-tanda Bayi Anda Sudah Bersedia

Kebiasaannya pada umur bayi empat bulan (bayi menyusu susu formula) dan enam bulan (bagi bayi menyusu susu ibu secara eksklusif) mereka mungkin bersedia untuk makanan pejal. Ada beberapa tanda yang menunjukkannya antaranya:
  • Kepala bayi tegak dan tidak bergoyang ketika dalam keadaan badannya tegak.
  • Boleh duduk dengan sedikit sokongan daripada orang dewasa.
  • Berat badannya sekurang-kurangnya dua kali ganda daripada berat lahirnya.
  • Menunjukkan tanda-tanda lapar walaupun telah disusukan lapan hingga sepuluh kali.
  • Menunjukkan minat terhadap makanan yang dimakan oleh orang dewasa.
  • Bayi anda juga mungkin akan cuba untuk mencapai makanan yang sedang anda makan.
  • Tidak menolak dengan lidah atau meluahkan makanan yang disuapkan ke mulutnya.
  • Boleh mengunyah dan menelan dengan baik makanan yang disuapkan.
  • Bayi boleh memegang makanan dengan tangannya.
Namun, anda dinasihatkan merujuk kepada pakar kesihatan untuk memulakan makanan pejal, lebih-lebih lagi jika anak di bawah 6 bulan.

Kebaikan Untuk Bayi :
  • Sistem penghadaman bayi yang berusia kurang enam bulan belum matang dan dia tidak dapat menghadam makanan dengan sempurna menyebabkan masalah seperti bayi muntah, sembelit dan juga cirit-birit.
  • Lebih awal bayi diperkenalkan dengan makanan lain selain daripada susu ibu, lebih mudah bayi tersebut berkemungkinan mendapat alahan atau alergi terhadap makanan tersebut.
  • Penyusuan susu ibu secara eksklusif selama enam bulan dapat mengurangkan risiko gastrointestinal, pernafasan dan jangkitan telinga pada bayi.
  • Bayi yang berusia lebih enam bulan dapat mengambil bahagian secara lebih aktif semasa makan seperti mencapai makanan jika masih mahu makan atau berpaling jika sudah kenyang.
  • Makanan pejal akan mengurangkan jumlah susu yang bayi ambil.
  • Bayi yang makan makanan pejal terlalu awal mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menjadi gemuk apabila besar nanti berbanding dengan bayi yang memulakan makanan pejal pada masa yang sesuai.
  • Menyuap makanan pejal kepada bayi yang belum duduk adalah lebih sukar dan kadang-kadang mengecewakan bayi dan anda sendiri.
Kebaikan Untuk Ibu Yang Menyusu:
  • Ibu yang menyusukan bayi secara eksklusif lebih lama akan mudah menurunkan berat badan.
  • Cara semulajadi untuk menjarakkan kelahiran kerana haid datang lebih lambat.
  • Bekalan susu ibu yang lebih stabil.

Kembali...

Assalamualaikum semua..
Ya Allah...diam tak diam lama sungguh saya menyepi daripada blog Dunia Anak Ku ini...hampir setahun...bulan depan dah genap setahun maaaa!...

Maaflah ye..SAYA, ibu yang baru bertatih menyelam dunia keibubapaan...masih ranum dunia anak²...wah macam dah berderet anak kan..baru seorang putera yer...Insya'Allah ada rezeki bertambah lagi...(malam tadi dah mimpi perut kembung dah..adesss!)
Saya bakal mengganas sedikit waktu nanti..cewah...doakan lah untuk saya berkongsi cerita tentang anak tidak putus...walaupun tidak sehebat mana...sungguh tidak sehebat mana...hanya sekecil kuman apa yang saya tahu...dikongsikan...
^_^